MOSPEADA & MACROSS

Bila ada artis tweet tanya pasal Ultraman dan
Superhero JAPAN kemana ketika GEMPA berlaku,
Dia telah ditiaw tak tentu pasal
Saya ada jawapan yg bleh diterima akal..
Superhero itu telah DI Sub Kontrak Kepada Amerika,
bila dah kena SUB ni sendiri mau ingat la,
banyak promo dari kerja.. ok la tak baik buat citer mengarut


Pernah tak Dulu2 kita terlalu nak sgt jadi MacGyver bagai,
Bila time robot plak tengok gaban dah ngelupor nak jadi Gaban,
Nasib baik Apak aku takder moto Roda 3,
kalau tak musti ada prototaip Moto angkasa Gaban.

Okay mengerat ketam.........sesambil Aku layan DVD double trouble JB ni,
aku arap Apek Melaka tu cover pasal konsert Double Trouble kat melaka nanti, ingat tu..


Okay Bermulanya Ciri ciri yg memikat pasal Perobotan
ni satu ketika Ada satu siries asal pasal
Kenderaan Persendirian dan Awam jadi ROBOT,
yg ni  memori aku memang lemah. Tapi lepas
tu diorang Santak dan kuarkan TRANFORMERS.
Opening panjang jela ni TAJUK tak sentuh lagi,.

Ok Kejadah semua itu. Aku masih lost tak dapatkan
Kaitkan MOSPEADA dengan MACROSS, fikiran aku buntu dalam kesungguhan
nak explain kat korang apa menda Mospeada dan Macross ni,
Apa kata kita go along dan Tag Along mana tahu
kita dapat cari dimana titik pertemuan yg ada pasal perkaitan dan persaudaraan 2 menatang ni.



Amaran keras MOSPEADA bukan Tomok, kalau tak paham, 
jgn lepak disini huhuhuhu

MOSPEADA

pencipta: Shinji Aramaki and Hideki Kakinuma.
tahun: from late 1983 to early 1984

ada  25-episod(memudahkan penghadaman minda)
MOSPEADA Bermaksud  Military Operation Soldier Protection Emergency Aviation Dive Armor,
Mark On Serebrum: Tetiba Motor tu bleh jadi cam pakaian, siap ada 2 tayar kat bahu, Gila ah,            
                                 pergh yg bestnya tengah bawak moto laju, merempit alih alih ngelongsor
                                     terus diri tegak, kalu malfunction, camana la gamaknya.. huhuhuhu

Gila ahh masa aku sekolah rendah tu, .........
selalu petang2 aku berambat lepas main bola
nak tgk rancangan ni pada TV hitam putih
Senang Citer MOTOR jadi Pakaiyan Perang ala Robot dimana
Pemandunya bleh letak dalam dan berfungsi laksana Pakaian
Oh ya ada satu lagi Robot didalam citer ni. KIta fikirkan kemudian,
Fikiran aku tk dapat retract data kat Serebrum.
25 Episod mudah untuk diratah oleh fikiran dan serebrum







MACROSS
 TAHUN:1982.
Pencipta: Shōji Kawamori
Mark On Serebrum: (remark:)Tgk Kat lambang Tengkorak Pangkah kat Robot tu, 
                                Robot yg boleh half tranform dan Bleh Function.. huhhuhu
Kemengarutan MACROSS ialah mungkin kerana Siri nya terlalu panjang.
antara part yg best dia bleh half tranform, macam ni ha.

Aku pon dah takder memori sangat dengan keseluruhan cerita,
series spesial episode dll. Bila dah berjela ni otak aku mengalamai 
delusi dan terus jem.


sedara terdekat dlm tranformer Diseptikon pon ada ni hah:
Jgn sibuk bercerita pasal Tranformer movie bagai, 

relase new movi kalau tak kenal melaun ni.
Aku rasa dia sedara bau bachang ngan macross

ada kenal?








Dari situ maka keminatan aku terus menjurus kepada perkara robotik dan sebagainya,
Transformer,Gundam Dan lenlain.Adios amigos.
Gerakkan Minda anda sedikit untuk mencoret memori,
melainkan korang ni bebudak hingusan yg tak tau apa apa pasal ROBOTIK.


Edisi asal diedit dari penulis di web ini:
Penulis asal Dari Web Teruja.com

9 comments:

apek said...

ko berjaya mengembalikan memori-memori aku yang tiris akibat kekurangan DHA tentang kartun awek cun ni..

wey.. up la lagu mospeda tu...
layan gile lagu tu...

Unknown said...

aku takdak , itu kita kena harap kat Si Tuan Genik, Jgn Lupa Up Double trouble kat Melaka nanti.. aku pon lupa dah tarikh...

P/s Kalau Tak Kembalikan Memori SD, Itu Bukan Legendary namanya huhuhuhuh

MatBURN said...

ni Ikhlas mana pulak ni

hahahaha...

lagu mospeda susah sket mau cari gali...
kena pinjam gerudi shell atau petronas
sebab barang lama dah dalam terkubur

Me Myself n Someone Like Me said...

aku la...en genik.....ntah camana komen bleh ikhlas plak. Mungkin kena tempias en wan trans kuba... Huhhhuhu
Kalau dapat siri 25 episode tu okay gak.
Kalau ada lagu pon jadi la bagi si apek layan....

apek said...

hahahhaha... terpancar nur kat wajah ko genik bila guna id ikhlas tu.. cayalah..

MatBURN said...

ikhlas tu bukan aku la .. itu si chan tu haa apa ke sengal guna ikhlas pulak.. macam tak ikhlas kat blog sendirik je.. hahaha

mospeada kini boleh didownload di teruja.com

Unknown said...

tima kasih pawarut............

En MGenik, En Apek En Ikhlas ni apa cer....


P/s Yg Ikhlas tapi Jauh=En GEnik laa
mana penah jumpa kitaorang hahaha

apek said...

hahaha..salah la genit.. rupanya si chan..
ko ikhlas ke tak buat entry ni chan??

tarikh jaduat DT kat Melaka aku dah on.

MatBURN said...

mospeada dan macross kini boleh download dari teruja.com..