Seluo Sekolah Sezaman. (Edisi dulu2)

Apa kejad nya maksud GQ ni
haram aku tak tahu, ada potongan rambut,ada jugak seluo
masa zaman sekolah dulu memang sengal lambang Hippies, Anarchy
tu semedang diconteng merata..(tanpa mengetahui maksudnya, ciptaan Yahudi)
contengan kat seluar sekolah,
dalam toilet, buku sekolah, parking bas, kereta sorong tukang kebun,
selipar jepon dan lain lain
(termasuk la awek pnyer Beras (Opss Bad Word not allowed)

Tu zaman sekolah, ntah sbb gatal tangan aku pon ada gak menconteng...
Ni kita citer zaman sekolah kita akan sentuh pasal seluar sekolah,
ingat yer seluo sekola warna hijau. kalu pengawas warna biru

ada 3 Ciri seluar sekolah Zaman Aku, 
Gambo, alamak gambor kat umah ler.
mana aku nak carik, kira apa yang ada jer la.


1.Seluar Ketat (khas untuk Lelaki Paling rock)
Antara Seluor yg paling rock sezaman, aku pon terlibat sama.. wala pon aku tak berkenan
rupa bentuknya.. aku rasa ni pengaruh kumpulan rock Awie Wing dan Amy Search yg slalu pakai
sluo kulit ketat sampai senak, nak terkucil pon susah
ni ada gambor ihsan dari kawan aku:



kalau nak lagi ganas, buat tampalan 'bereja di lutut dll
kalau dari kaca mata cikgu disiplin plak, seluo sekolah akan dimasukkan botol kicap kakinya,
tak lepas kalu selo ko kena tetas, masuk kelas pakai pelikat.. sejuk aircond hahahahah







2.Seloar Boot Cut(khas untuk lelaki paling Ganaz)
Ni mamat2 gipsi banyak pakai kat omputih la, ntah macamana muncul semula pada 1990an..
bebudak sibuk nyelongkar sulo bapak dulu2 untuk di laram pakai semula. hampeh. nak beli mahal ,
nak tempah tak berduit. antara fungsinya ialah menyapu koridor sekolah, tak payah jahit bio jer
bersubai benang kaki seluo tu. udah macam mop. kalau hancur belakang kaki seluo sebab dipijak
kasut ke lantai, makna nya ko ganas

3. seluar GQ (khas untuk Lelaki perasan Hensem)
Seluar sekolah GQ ni takde jual kat kedai. Kalau nak, kena tempah aje.
gila ahh, aku dulu sanggup tak makan simpan duit nak tempah seluo ni, RM 30-35 jer
tapi mahalnya cam beli henset 3g sekarang.
Perghh kalau dah pakai seluar tempah tu, dah rasa paling hensem didunia la, tok sah citer,
makan tak kenyang, tido tak lena
i.biasa suar ni ada poket kecik kat dpn, siap berlidah lagi, sebijik cam poket belakang.
ii.ada buckle(sejenis besi cam talipinggang,) kat kiri kanan suar tu, Jahit mati.
kenkonon nak adjust ketat, padahal style aje tu,
iii. dan yang paling penting, untuk tahu seluar tu GQ ke idak ialah lipatan keluar satu inci
yg tak ubah seperti tempat takungan jentik jentik. lipatan ni boleh simpan barang, kertas,rokok, dll
Untuk keganasan tahap dewa GQ, ada yg tambah besi buckle kat lipatan kaki seluo itu.
poket belakang klimkan lidahnya sket ngan corak kain batik.

Perghh itu jer siri seluo sekolah yg aku coret kat sini, nak citer susah sbb takder gambo,
tapi bagi yg pernah melaluinya. perghhhhhhhh
rasa cam jadi superhero terhensem dan terhebat didunia. campor tolak plak
dengan kehangatan Baverly Hill 90201,semua perasan hensem cam Dylan,
la bagai.. (uwekkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk)Seluar GQ ni aku tempah gak
dulu untuk seluo melaram, kain petak2 (wajip tu)(yang sekarang kalau tgk bangla banyak pakai)
bila pakai jer seluo petak GQ tu rasa hensem tetiba menjelma, asik dok belek besi
kat pinggang kiri kanan hahah.oh ya t-shirt gambar hantu tengkorak bagai,
atau tulisan jenama libas, lee kopak, puma, push dll lain2 barangan ciplak
dari thailand nye jenama dengan baju Kemeja lengan panjang Petak2. aku ingat lagi aku beli
Lee Cooper, baju aku paling mahal ketika itu( haram aku bagi sesapa pinjam)
pastu aku jumpa baju bapak aku cenggitu gak, basuh2 simpan bawak balik asrama,
melaram sabtu ahad hahahahahahhaha


P/s Tak Boleh tidak, Kasut sekolah mesti rocks kalu seluar dah roks Alips, BaTa, dan jenis High Cut dan ada satu paten lagi Kasut Penguin, klim keliling cam karipap tak bertali(Juga dikenali sebagai kasut karipap)
spaa ada simpan a.k.a gambar sila la pas sini....

entry untuk budak skola tadika berhingus* Episod 2: Mari Mengenal Objek



"entry untuk budak skola tadika berhingus: "
"episod 2 " -Sila sebut mengunakan teknik sebutan Upin an Ipin
(Mari Mengenal Objek)


Aku sambung nih dari edisi En Wan yg segan silu menyiarkan beberapa gambar yang saya minta. 









Masa aku sekolah tadika dulu aku slalu tgk akak aku bawak balik buku ni,dan aku pon belek la bagai nak gila, 
sib baik aku jenis tadika =2 tahun so aku dah bleh ngeja la sket2 tapi pada aku yang penting ada gambo best gila.  
Buku tawarikh tukar jadi Buku bertarikh, Solat tarawih dan Buku Sejarah
Ilmu kesihatan dia tak sambung, sbb dia jadikan satu course kat fakulti perubatan UKM.  
pastu dia kuarkan buku Alam dan manusia. pastu ada UPSR...
---> ini pula buku edisi yang bila dibaca sentiasa dalam ketakutan. tapi masih ghairah untuk terus membacanya, seolah membaca novel takdamaria oleh en kuba. makin dibaca makin best. nak plak kalau baring ngan bantal. nak lagi best baca sensorang dalam bilik. dalam tandas?.. mungkin tak kot sbb jauh dari rumah... best buku ni, sila la klik untuk tau sama ada seorang lelaki sejati pernah membacanya sila la klik --->
apa ko ingat buku apa bhai?....
 

Ni menatang ubat ni, aku masa kecik kecik dulu layan gak, demam jer layan.demam jer layan. 
tapi aku tak pasti plak cover dia cenggini.  
ada gambar shiningami dengan zanpekto tu....


ni Menatang TV,ada sliding door, warna..ntah aku rasa edisi ni takder warna. 
flat screen- nop ini cembong screen, remote..nop. seme pakai tekan manual
pastu abah beli tv warne jenama singa apa ntah... dapat la tgk iklan en Wan berlakon buat pertama kalinya. kiranya dia ni dulu artis...
  tau tak iklan nih,.. "Jangan..."

Ni bukan botol todi edisi koboi pakai tu.. ini bedak la bhai....
Ni beg sekolah yg terhebat dan terRugged sekali, aku selalu mintak kat abah tapi beg sekolah bebudak tadika tu juga dibelinya. nak beli sendiri tak mampu... sampai abis sekolah aku tak mampu beli




Ni kasut paling aku minat, kalau rockers cam en Speed@teruja musti suka. kau tgk avatar dia la. en Genik pon musti kenal. aku plak memang minat gila sampai dah nak abih sekolah baru  mampu beli.. sempat la pakai tak sampai setahun, sampai ke hari raya pon aku layan siap tuka tali kasut warna florosen lagi. gila ah. kasut palstik tau..!putih.. susah-susah pon mak aku tak penah bagi kasut plastik tu. 
senang jer. kotor -lap dengan kain basah. gerenti bersih. hujan pon no problem



masa kat Asrama dulu ni sabun yg perlu di potong cam kek pisang. 
gila save.. lepas tu dia kluar edisi 2.0 warna kuning plak. 
Yang asal ni kaler hijau-kalau ko basuh baju sekolah warna putih tu.. lelama jadi kekuningan baju ko
baju juga jadi bau semacam+ plak Bedak cuticula tadi.. adeh sengal baunya
.. yg best nya bila bebudak nak pau siap suruh pulang balik bila pinjam
-tapi sebab dek kena rendam air, dia jadi keputihan dan dalam bentuk Cayiran



P/s sekian lah sudah edisi mengenal barang. saya serah balik pada Blok en wan untuk cover balik
take it back bro: Klik Untuk Baca Edisi En Wan

Fire Starter

Aisey lama benor tak ngepost.

Arakian Dipendekkan citer adalah sekumpulan manusia yg nak buat BBQ konon
Bebahan
Arang sekotak, Tiub moto satu, Lilin Sekotak.. (makanan dimarenet seBox Polisterin)
Cara Cara memasak
1. makanan Yg Siap dimarenet sila letak tepi, tunggu Bara siap.
2. Masukkan Arang penuh2 lam Tempat Pembakaran.
3. Siang Tiub moto halus-halus(carikkan)cam sotong masak merah yg kita selalu beli sekali utk lauk nasik lemak.
4. cucuh tiub moto (dicarik) dengan api pada lilin, campak2kan lam bekas yg penuh sesak denagn arang tadi
*****45 minit kemudian
5. Masukkan segala rumput kering, surat kabar, lilin dan segala benda yg dah nak rasa terbakar.. Hati pun dah panas cam nak terbakar kerana arang tu tak menjadi bara pon. Hati=Bara
6. Buat muka kesian dan tanya sekumpulan BBQ team kat sebelah. soalan. "Camana nak buat bagi Bara Ini Arang?".. dengan kesiannya sebagai rakyat malaysia diberikan oleh mereka-->2 Fires Starter
*****45minit kemudian
7. Lalu setelah berhempas pulas seperti masuk final World Cup, maka menyala lah(bara) 1-2 arang yg kelihatan sebertu arang batu dah rasanya
8. arakian setelah kumpulan BBQ sebelah dah siap makan bagai, dan nak blah, di berinya tempat BBQ dengan arang2 berBARAnya kepada pihak kami
9. maka terbakar la segala makanan yg dimarenet tadi,akibat geram satu bach tu kami biarkan di BBQ dengan api yg marak.
********15Minit + 15Minit
10. Setelah siap sekotak polisterin makanaan dimarenet tadi mengunakan bantuan bekas BBQ dan bara arang  pihak yang sudi membantu dan meminjamkan. pihak saya akhirnya berjaya menyalakan keseluruhan arang yg disusun didalam tempat BBQ, (hampir boleh dikatakan tak digunakan langsung untuk masak BBQ)
******* Penalti
Sehingga ke Akhir masa tambahan,sudden death bagai. dan setelah tukang2 BBQ yg dah tak selera nak makan sbb keletihan cuba membarakan Arang.

Nota kaki:
*Tahukah kamu arang yg dibeli kala ini amat sukar untuk dibakar dan di tranform menjadi bara (arang batu ke hapa)
*Bawa lah bersama minyak masak dan serai.. setlah bara siap, ianya boleh digunakan untuk menyemarakan (semangat) Api
*Kalau boleh elakkan Guna Tiub moto, mencemar alam dan bau tak enak,ndak2 kalau lekat kat BBQ nya makanan
*JGN lupa firestarter..... Aku terlupa nak amik gambar nanti aku carikan
*Kalau kat kg kita memang terer idupkan unggun Api bagai, Bekas Pengakap Diraja bagai, itu tak menjamin kita mampu menyalakan BBQ
*Jgn Berlagak hahahhaha kalau tak jadi macam Argentina kena ngan Jerman 4-0 hahahah (Ni kes lepas tension idupkan Api BBQ disajikan plak ngan Gol2 klose)
* Jgn lupa lighter atau mancis hahahahahhaha