KARANGAN LAGU SEARCH


Berikut disertakan bersama karanagn dari beberapa Kaset Search Bagi Mengalukan Konsert DT kat penang kelak............... Adios.. wa  mau berehat.............

HALLO KAWAN, KEPALA ANGIN MAT ROCK PELESIT KOTA BISA MENCARI SEBUAH NAMA..NOMBOR BERBAGAI WAJAH GADIS MISTERI..BUNGA PESONA..GADISKU GADIS AYU NIRMALA, ROZANA, NIGINA, ISABELLA, YIN & YANG..LAILA NAMAMU TERATAS..BERSALAH ATAU TIDAK..PASTI MUSNAH MENITI TITIAN USANG..BENCANA MEMANDU NAFSU MENARA KESESATAN. EMANUELLE MANUSIA REPTILIA SERIGALA SEGALANYA..PENJAGA RAHSIA BERTOPENG CINTA..TEGUH MENCARI JERITAN RINDU ORANG TIMUR. GURINDAM CINTA KHAYAM MEMORIA ANA MENAWAN RAGA GOTHIK MALAM EDAN. MALAM SETELAH HUJAN, KAU AKAN TAHU SERIBU SATU NATIJAH NYATA DAN MAYA..ASLI DAN TULUS NEO ROMANTIK PANGGUNG KHAYALAN METROPOLITAN.. PEMBAKAR PERASAAN, ISI ATAU KULIT, SUTERA ATAU RAYON..PAWANA ANALOGI 0.1.. 

ORAIT MAMA SEROJA, CAKAP MEMANG MURAH. AMPUN..CINTAKU HILANG BISANYA DI PINTU SEPI.  KAU PERGI MENGUNDUR WAKTU FANTASI BULAN MADU GELORA CINTAKU..NANTIKAN GERIMIS CINTA PERTAMA..CINTA SEPI..CINTA BUATAN MALAYSIA. ANDAI KU MILIKI SEMALAM LARA TARI PENCINTA IRAMA MARAKAS SIRIH GAMBIR..KU TAKLUKKAN DUNIA PARANOID KERETA MERAH, TUMBUK RUSUK MATA KUCING..AKHIRNYA DUNIA MILIK KITA. NO WAY!! FEEL THE PAIN!!

MANUSIA OH MANUSIA, SEBATANG TONGKAT UNTUK BERDIRI BALADA PEMUZIK JALANAN. JIWA-JIWA LUKA MUSAFIR MUNGKINKAH TERTAWA SEDERHANA. PADA SATU KEDUDUKAN, DIARI HABIL DAN QABIL HILANG DALAM TERANG HONKY TONG KOSONG. NAZAR SATU BANGSA SATU ARAH DERAP KOMANDO BERPALING SONGSANG MELAYAR BAHTERA MELINTASI BATAS FENOMENA KEJORA LANGIT DAN BUMI. ROKET MENUJU PUNCAK..PINBALL SUPERHERO MELASTIK KE BINTANG PURNAMA MENTARI MERAH DI UFUK TIMUR.

KALAU lu rasa lu rock, sila kenalpasti berapa lagukah yg ada didalam karangan ini,
Hadiah: Makan malam Bersama En Genik.. ada brani...

KL International Motor Show 2010

Salam Seme,
senayan lepaih, aku ikut la kawan aku yg langsung tak best pegi tgk motorshow,...
hampeh pnyer member bleh dia skip Tumblur yg En GEnik Mention..Genik Tumbler
Aku menyesal pegi ngan member selenge. Aku better pilih pegi dgn
En Wan, Apek,Burn atau Kuba.... Damit toll

Okes sebelum pergi jauh
aku park HONDA EX aku kat tepi stesen bas En wan Balik Kg
belum baryar RM15 aku dah dpt gambaran Motor show nih....
masih ada kalau korang nak tgk, kat tempat park tengah















Bila dah bayor, Masuk jer, aku soh kawan sengal tu amik gambo,
Gambo Apa Gambo model keta la
Okes yg baju kemeja belang tu,sudah tentunya aku
Pilihan aku.. Yg Nissan pnyer model, Sebab sejuk mata memandang
Model keta prototaip bEzza Perodua pon mengancam
Model Proton Berpakian Seragam lagaknya..mmmmmmmmm


Sekian melaporkan

Heroes?...It Not Easy

Okay i've been dedicated to dedicate for honoroable Sannin,
and i think, of all the song that cross me during school, I would pick a few choises that can be Chan-ses 
to pick up for the dedicated theme song for en Genik the last sannin.
Chan-ses song
Ugly Kid Joe- Cat In the cradle
Offspring- 'Keep Em Saperated
Axl's-Andai Dapat Ku Undur Masa
GnR-Patience
UB40, Vanilla Ice, etc etc.................

But in the end wa lasa, better out this song together, fair n square la kan..
Here is the Lyric... That been put together.......

As though nothing could fall
And the shame
Was on the other side
Oh we can beat them
For ever and ever
Then we can be heroes
Just for one day

We could be heroes
We could be heroes
We could be heroes
We could be heroes just one day 

..........
................
Wish that I could cry
Fall upon my knees
Find a way to lie
About a home I'll never see

It may sound absurd:but don't be naive
Even Heroes have the right to bleed
I may be disturbed:but won't you conceed
Even Heroes have the right to dream
It's not easy to be me 

..........

Okay for all the song that passing thru ur life, those a a few line that u think suit u -: Chan-Ses
.. and for that, i pick up thise 2 line. Enjoys it en Genik........................ 
  • Heroes By Dinding Bunga
  • It Not Easy by 5 Untuk Bergaduh
......... That end my utang.. hahahhaha.. adios
En Genik:The Seat that En Genik Mumble about

ADA APA DLM BLOG Edisi Tadika


ADA APA DLM BLOG

Well, if there any similarity in a person that understand us, And laugh for the same joke. I Guess it only happen during school time -Chan-

The keyword is mulut ala ala ikan, the joke was a statement by a follower, interpretation  is simple, yet the statement become a valuable joke for those who understand what it mean... for this version, giv ya and option of answer, u make  joke out of it... Disclaimer, ask a fax from my sannin frien Mr. Genik, the realone-go the right sided link..............

 The Blog:Kuba Kyubi
 The Post:Algeria a non Awek Algeria Picture

xara said...
pergh.. gambo dalam gondola tu ala-ala gambo bebudak dalam facebook / myspace. bezanya tak buat mulut ala-ala ikan tu je.. ekeke
The Question?..... U Create it Ur self,

(A.)

(B.)

(C.)
(D.)


(E.)


(F.)


(G.)

(a.) A,B,C dan vi
(b.) Semua diatas
(c.) Tiada satu pon
(d.) i, ii, iii
(e.)...............(isikan jawapan)

OK sekarang,sila komen sekali lagi.

P/s No disclaimer needed. U All
(Clue Less: w"When taking Picture by phone own ur own, and trying to perspektif ur face in 3D or 4D hahaha)

Apa Ada Dlm Blog

Nampak nya aku dah Jadi Macam En Wan,
Tak perlu tulis panjang, Boh Je Gambar Yg Tidak sepatutnya, Tapi Korang Usah lama

aku Kena jadi Macam En Genik Letak sesuatu yag Orang Benci

Atau aku Kena Tulis Cam Kuba Pepanjang...
Tetapi Tak seorang pon paham

La Apa ke yg aku kena letak lam Blog Setinggan ini.
Aku memilih untuk jadi ,Aku sendiri..
Dengan itu saya akan garapkan keseluruhan Ciri Ciri sannin di atas, bagi mengatasi mereka..
Terimalah......


APA ADA DLM BLOG,
sebuah satira ringan dan pendek-Karya Chan

Semestinya yang dicari dalam blog ialah sesuatu yg menghidupkan suasana. tak kira la marah ke, suka ke sayang ker. jika Apek terperangkap dengan Rozaliya begitu juga Blog Org Lain. En Genik saya suka cari Bahasa Kesat Beliau dalam Bahasa Penjajah. 

Korang tahu tak konsep ni dtg dari mana, dari salah satu majalah Gila Gila dan Di warisi Majalah Ujang.. seblum meraka berubah menjadi Bosan......

Fax tol... aku ingat nak tulis pendek, Ok lah... Direct to da point, terdapat lawak yg kita rasa betul2 lawak tapi org lain tak dapat pahami. Dulu dulu masa Ujang TOP. Ada makluk asing yg baca Ujang Cam Buku Teks Sejarah. Tapi untuk Makhluk yg Hebat seperti Shinobi setiap helai Buku Ujang tu,ada lawaknya. Setiap mukasurat
(La'ni Majalah Gempak,ke apa ker..aku pon tak gelak samapai Ke m/s akhir)

Akhir Kata ,Untuk tahu apa yg aku maksudkan ni, aku bagi 2 gambar ni.. usha dan kaji. peh tu post komen korang kita lihat sama sama...

xara said...
pergh.. gambo dalam gondola tu ala-ala gambo bebudak dalam facebook / myspace. bezanya tak buat mulut ala-ala ikan tu je.. ekeke
And then what the meaning of the post, what the hei yang dia mention
 Ok, disclaimer.. tanya en Genik nya noted disclaimer.....
 The Blog:Kuba Kyubi
 The Post:Algeria a non Awek Algeria Picture

No Disclaimer...

P/s KUba say thank to ur follower post that lighten up a lil bit of En GEnik day when he realies taht Monday Blues Get Hit 3 Times hahahahha

Kenapa "Me Myself and Some Like Me"

Quoted from
The Legendary Sannin. En Genik
"..Aku cuma mau bagitau bahawa… segala cerita yang aku taip dalam ni adalah twisted version from the real shits; jadi jangan pulak lu orang percaya bulat-bulat segala yang lu orang baca dalam blog aku ni. Aku takkan sesekali menulis tentang diri aku secara terang-terangan; segala benda alah berkaitan diri aku dalam ni dah aku twist and spin from the original situation...."

Nampaknya ada sesuatu yg en Genik ada sama dengan pendirian aku. Lingkaran Wira Seusia Dunia. kalau idak dia takkan masuk lam kategori Lagendary Sannin pnyer. Sapa mamat ni, tak payah la amik tahu... hahahah aku dah dedicate seme lagu pada Hero hero yg ada, cuma mamat ni jer yg aku tak lancarkan soundtrack. napa?.. ntah.. aku pon tak tahu

Napa aku qoute menatang yg en Genik Lambakkan kat Permulaan Blog dia.. mana lah aku tahu, hahahhaa
Yg Pasti En Wan da dapat Blekbirit baru dia, Aku cuma lalu sini jer, sbb aku tgh tension Sekolah tadika pon Exam ngalah PMR ,SPM.. maunya aku tak tension

P/s Peperiksaan satu penyiksaan....................................................................................
donno nothing about twist, tapi ada penyanyi yg nama twist tu apa nama pompuan tu?.. spin.. mmm spin docto two princess.. hahahahah

ROB?... Bukan Rozaliya, Bukan Lisa Suri Hati Ku

Tahu Apa Red On Black... ianya kesinambungan Double Trouble,
Sudah Cukupkah Rock anda?... Masih adakah Cebisan Rock.....
Tahu apa itu Double Trouble.. itu la satu Lagenda bagi gua satu ketika dulu.
Dizaman gua ada 3 jer rock malaysia yg gua layan, Wing,Search dan XPDC
pada gua , tu jer la yg Rock, BPR ada, Blackrose ada, KRU 4UTC(yg ni En wan suka la....haha)

Tak perlu la wa nak Explain apa kebenda Double Trouble tu, cukup la kalau nak bagitau ianya umpama Rasengan Di campur dengan BanNkai.. Umpama Ichigo dan Uzamaki Naruto, Awie dan Amy bergabung semula untuk kali kedua tahun ini mendendangkan( ayat tak boleh pergi hhahaaa) walaupon saya tak pergi ke Konsert berkenaan di Kuantan. tapi deretan lagu yg dinaynyikan cukup untuk membawa saya kesana.. mari kita semak list lagu yg di dendangkan di konsert Red On Black............RED ON BLACK DEKAT STADIUM MAKMUR PADA 16 OKTOBER 2010...

Lupa nak info dioarang add ada Ella sekali nyanyi.. tahukah anda dulu-dulu semasa zaman lagenda, pihak yg rock tidak malu menyanyikan lagu ella, sampai abis satu Keset boleh dinyanyikan, dan bila kena Ragging, minggu suaikenal di asrama boleh dibilang dengan jari pihak2 yg sanggup dan berani menyanyikan lagu Ella ni, memang respek.perghhhhhhhhhhhhhhhhhhh seperti biasa ella naynyikan lagu yang hampir semua peminat Rock mampu mengurindamkannya .. Permata Biru, Pengemis Cinta dll...

Okay.. aku nak on dulu mp3 aku niha .. nak layan lagu Search dan Wings.. sampil report kat blog ni hah, korang pon musti nak tahu apa lagu kan... Cis.. takder plak lagu nya.. Okay.. Wing Dan Search, Awie dan Amy bergabung untuk lagu trade mark Double Trouble.. "GEMURUH" lagu ni pernah saya cuba bawa semasa sesi minggu suaikenal tahun 19puluhan secara solo tetapi gagal.. amat memalukan, key tinggi, dan sekalu lagi pernah dicuba dengan bantuan Rakan Karib, masih gagal.. tak cukup nafas.. gila ah penangannya cukup hebat.

Ahmad Azhar Othman (Wings)
Lipas Kudung (takde salinan)..
Jerangkung dalam Almari (ada salinan)
Sejati (Musti ada lagu Leleh.. starting lagu yg paling kemersial)
Opera Hidup

Suhaimi Abd Rahman (Search)
Balada Pemuzik Jalanan
Isabella
Pawana
Pelesit Kota

Key kepada Wing dan search terletak bpada beberapa lagu Hits meraka, tapi untuk peminat rock sejati pertembungan kuasa gitar tidak cukup jika tidak disulami dengan pertembungan ketukan drum , jika Wings gah dengan lagu OPERA HIDUP nya, maka Search Di wakili dengan lagu PAWANA , satu ketika dulu disekolah rendah, terdapat pertandingan mengetuk Meja Kayu di kelas bagi penghasilan bunyian bagi dua lagu ini hanya dengan menggunakan jari,tapak tangan,buku lima dll.. jika anda rock, anda tahu apa yang saya maksudkan.. ( sat aku nak On lagu Pawana plak selepas layan Opera Hidup)

Seperti biasa Joe(wings) dan Kids (Search)..mencuri sedikit waktu untuk mengoreng sehingga hangit Konsert ini.

walaupon saya tak ke konsert ini, saya ingin berkongsi kegahirahan mengetahui berkenaan konsert ini, walaupon saya tak cukup rock untuk pergi, lagu lagu yg saya ada telah membawa saya ke imiginasi mendengar musik dari 2 hero gergasi rock ini, menjelmakan Ichigo dan Uzamaki dalam diri saya. secara keseluruhannya saya Berharap untuk jika berjaya menggabungkan XPDC sekali kelak, biarpon muzik nya tak sealiran dengan Wings dan Search, tapi pbagi saya Nadi Rock berpaksi kepaada keseimbanagan 3 kumpulan ini.

Adapon minat saya pada Amy Search memang berbaloi, perubahan nya untuk kearah keIslaman memang dinantikan, dengan kata lain Rock 2 juga, tapi Jgn Lupa Solat. Rock dulu2 ialah Rock walau dimana, solat 5 waktu. .....ada diri Kuba dalam Diri Amy eucehhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh..., biarpon tahap karoeke en Kuba amat saya ragu kan hahahahhahhaha.

saya Akhiri salam Rock kali ini dengan memperdengarkan..cehhh , tajuk Lagu yg mengesan kan oleh Search(Amy) ....untuk mengetahui adakah anda seorang yang Betul2 Rock atau Rock sampingan saya tinggal kan buat tatapan semua senarai lagu yanag jika anda dengar dan tahu bait2 liriknya bagi membuktikan kesejatian Rock anda...dan jika berkesempatan, dapatkan lah yg original heheheheh. Amik tajuk ni, cari dengar dan cuba nyanyi seiring, at least kalau tidak pon mampu menyiulkan muziknya, ternyata anda rock, jika kurang dari separuh dari lagu ni anda tahu. anda dah cukup Rock..
tak tahu kalu less than 50% yg tahu , sah lah anda cuma Rock tempelan.... hhahahah
Amok-Wings
Kuburkan Aku-Wings
Belenggu Irama-Wings
Mabuk 7 Lautan_Wings
Kau Bukan Brader-Wings
R  'N' R lu punya suka-Wings
Cinta Buatan malaysia-Search
Meniti Titian Usang-Search
Pelesit Kota-Search
Balada Pemuzik Jalanan-Search
Derap Komando-Search
Orang Timur- Search
Mat Rock-Search

ada Cebisan nasihatt dalam lagu Mat Rock, dan kau Bukan Brader tu..... sila layan
sedikit sisipan, gambar untuk rujukan konsert yang dimaksudkan...................



Gua amik gamabar kat  Blog Ni. Klik Sini Ehsan amik dari Blog sedara ni:

Rozaliya De' Amor

Kalau ikut kan hati nak jer aku Buat posting seringkas cam En Wan
Letak Gambar Secalit pastu boh Tajuk Bikin Gempak
Tapi mengenangkan PEmbaca Memerlukan Bahan berkualiti.. aku sediakan ayat ayat yg berilmu euceh.. 
alasan cam aram..
antaranya pembaca setia saya yg perlu membayar RM25 semata2 untuk menjengah Blog setinggan ini



Ni lah Awek Rozaliya yg pada 18Oct2010 itu memenuhi setiap suratkhabar muka depan dengan Wajah Bertudung serba Pink,................................
saya cuba mencari maklumat berkenaan dirinya yg berumur 20tahun, di blog  Kuba Dan En Wan malah ke melaka menjengah Apek, tapi tidak ketemu wajahnya.  Cuba juga carian di facebook,tapi hampa, Twitter aku haram takder.. mungkin sbb aku tipu yg kata aku cari dia hahahah anyways.. ada sekali tu saya di Bukit Bintang itu, sekilas rasa saya ada lalu dan ternampak juga 2-3 awek yg serba Cun dan Putih melepak memenuhi spesifikasi untuk dicas sebagai Rozaliya,(tapi seperti kata En wan.. ada masalah:En Wan dan Pandangan Terganggu )tapi apakan daya sbb penaakulan saya hanya berpandukan gambar pertama dirinya yg bertudung, tapi ketika ditemui dengan rambut terlipat di sanggul dan Topi, kecekapan saya sebagai Penyiasat persendirian amat teruji....terhad. Lalu saya cas, dan pendapat saya.. dikala saya berjalan itu, saya pasti telah melintasi Cik.. di ulangi Cik Rozaliya di BB Plaza.. adapon tujuan asal saya bukan mencarinya tapi cuma satu, menyiasat tentang Laptop dan PSP hahahahahhahahah

Sekian lah dulu, Tak payah klik gambar tu.. memang tujuan saya tak bagi besar, hahaha kalau korang search pon tu je la gambar yg ada ...ehsan surat khabar... sapa yg ada facebook dia ,.. tlg maklum pada en....RM25 hahahaha,

P/s Jgn Bagitau En wan, nanti dia lupa pasal blog dia,asik facebook jer

Aku yg Teringin Moto Baru

Okay Sebelum Kita Gerak, Kita Kena Explain..
Nak Main Open atau Standard Gaban.......
Baru atau Seken......................... hahahahah
Tajuk Dah Cambaguz casnya.. sila baca... mohon bantuan.. hehehe

Adapon storynya cenggini....
Persaraan En AD
Di Samping itu saya ingin Nyatakan Disini,
Diawal 90an, Khidmat En Ad EX, Memang bertenaga, sekitar JB dia yg pegang Kononnya.

sebut sajalah Mana Awek yg tak pernah membonceng moto ini. Di khabarkan kemungkinan tiada satu pon Awek JB yg pernah nampak atau membonceng Moto ini. amat memalukan haahhhhhhahahhaahahah

awal 2000 Bertugas Di KL dan segala ceruk jalan kat KL dan divider pembahagi jalan telah dijelajahi
Dan masih ceritanya masih sama, tiada Bohsia yg dapat membonceng moto ini. hahahahaha. Walaupon seat telah di Polish Sehinga begitu licin dan mengelongsor.

Persaraan ini akan diharap mendekatkan En AD Lagi Ke Masjid.
Saya Memohon Maaf Jika Terkasar Bahasa Di JalanRaya Mahupon Parkin Parkin Berkenaan..
(Dilampirkan Gambar En Ad dan Gambar ketika Ditimpa kemalangan Seketika dulu)

 Seketika dulu dikala En wan baru menjejakkan kaki ke KL untu kali Ke 2, Moto ini lah yg mengangkutnya berjumpai Otai2 satu web yg hebat seketika dulu. Kecut Perut En Wan dengan kelajuan yg amat hebat mengalahkan gabanZ  Potong 2. sila Komen En wan.

aku tahu cadangan Pengantinya nanti mungkin tidak digemari En wan, Dia yg inginkan moto sehebat Moto Gabanz, dengan keinginan gua hanay membataskan pilihan kepada moto2 sederhana harganya. Jika En Wan impikan CagivaMito. Saya Melihat Moto Naked seperti Madas Mofaz 125 hanya dlm mimpi dll. En wan mahu skuter yg boleh terbang, saya hanya Pedastrian yg mahu merempit hahahhaa


 CADANGAN
Termurah:
Bentuk Bleh Terima dek Akal:
Buatan Malaysia:
Modenas CT110




spesifikasi
http://www.modenas.com.my/v2motorcycle.asp?id=76
Data Harga Semakan:
CASH(Bayar Bawa Pulanng:Complete):RM3800/3856/3669
Instlament: RM1500+24BulanxRM130 / RM1556+24xRM125


Murah:
Bentuk Munasabah:
Digilai segelintir Anak Malaysia(untuk Keta la hahah):
Honda Wave 100

Spesifikasi

CASH(Bayar Bawa Pulanng:Complete):RM4100/4336/4000/4300
Instlament: RM1500+24BulanxRM155 / RM1836+24xRM140

Ni Kira Moto Cas  takder Video Player, Takde Disk Brake, Takde Sport Rim, Takder Electric Starter, Tendang Tepi Jer....


Ini Plak  sample Moto yg lagi ranggi dan Marbelous..
tapi rega cecah RM5Riban Keatas, Out Of Range gua...Bro
Honda Wave 110
http://www.boonsiewhonda.com.my/wave/specifications-wave.html
Honda Wave 125X Ultimo
http://www.boonsiewhonda.com.my/newweb/specifications-ultimo.html
Modenas: GT128
http://www.modenas.com.my/v2motorcycle.asp?id=73



Sekian tu jer kot Posting yg termampu, Nak Citer Pasal Lisa Surihani,ada berapa kerat yg nak baca

Mendelete Email: ?????

Selamat Perpuasa Semua'
Direct to da point
Dalam Puluhan email yang didelete setiap hari.. at least akan ada satu yg berjaya menyampaikan mesej,
kadangkala ianya mungkin mesej ulanagn, atau mesej berantai yg memintak kita frwd , (dengan maksud kalau idak BENCANA) apa pnyer manusia la yg create email tu. tu belum yg siap frwd sampai sampai kat aku. tahu tak dosa yg akan berpanjagan jika terdetik pada hati pembaca.okay okay kita sembang lain

Okay kat sini saya ada satu email menarik yg saya akan ubahsuai untuk memenuhi kehendak Bloger yg berapa kerat lepak sini heheheh

Tajuk: Solat Subuh di Masjid

Seorang pemuda(En Wan) bangun pagi2 buta utk solat subuh di Masjid .
Dia berpakaian, berwudhu dan berjalan menuju masjid .

Ditengah jalan menuju masjid, pemuda(En Wan) tersebut jatuh dan pakaiannya kotor.
Dia bangkit, membersihkan bajunya, dan pulang kembali ke rumah. Di rumah,
dia berganti baju, berwudhu dan LAGI,
berjalan menuju masjid .

Dlm perjalanan kembali ke masjid , dia(En Wan) jatuh lagi di tempat yg sama!
Dia, sekali lagi, bangkit, membersihkan dirinya dan kembali ke rumah.
Di rumah, dia, sekali lagi, berganti baju,
berwudhu dan berjalan menuju masjid .

(Jika betul En Wan yang saya letak,kenapa tidak Wan sleman Bleh. En Genik pon ok gak...
hebat tol penangan yg terjadi jatuh kat tempat sama 2-kali. mau kena Blog dengan Blekbirit dia tu..kalau ada Batu mau kena sumpah jadi kawan En wan yg Pinjam duit buat belanja awek tu hahahha )



Untuk kali yang Ketiganya.
Di tengah jalan menuju masjid , dia(En Wan) bertemu seorang lelaki(?) yg memegang lampu.
Dia menanyakan identiti lelaki(?)  tersebut, dan  menjawab
"Saya melihat anda jatuh 2 kali di perjalanan menuju masjid ,
jadi saya bawakan lampu untuk menerangi jalan anda.."

Pemuda pertama(En Wan) mengucapkan terima kasih  dan mereka berdua berjalan ke masjid .
Saat sampai di masjid , pemuda pertama bertanya kepada lelaki(?)  yang
membawa lampu untuk masuk dan solat subuh bersamanya. lelaki(?) itu menolak.
pemuda itu  mengajak lagi hingga berkali2 dan,
lagi, jawapannya sama.
Pemuda(En Wan)  bertanya, kenapa menolak untuk masuk dan sholat.
lelaki(?) itu  menjawab ..................................................................................................................................

Jadi siapakah pilihan untuk jadi watak lelaki(?) ini, disuruh masuk solat, tolak plak.
Adakah kerana Baju MU yg dipakainya....
Jika tadi Masa lelaki(?) membantu dengan lampunya. beberapa calon watak diberi 
untuk memenuhi ciri kebaikannya. tidak sesekali, en wan menamakan kawan peminjam
duitnya itu disini.

..


..

lelaki(?)pon menjawap soalan pemuda itu
Aku adalah IBLIS (syaitan) (tak nampak Baju MU yg dipakainya tadi)
Pemuda(En Wan) itu terkejut dgn jawapan lelaki(?) itu.
Syaitan(*?*) kemudian menjelaskan, 
"Saya(?) melihat kamu berjalan ke masjid , dan saya(?)lah yg membuat kamu terjatuh. Ketika kamu pulang ke rumah, membersihkan badan dan kembali ke masjid ,
Allah memaafkan semua dosa2mu.
Saya membuatmu jatuh kedua kalinya, dan bahkan itupun tidak membuatmu merubah fikiran untuk tinggal dirumah , kamu tetap memutuskan kembali masjid .
Karana hal itu,
Allah memaafkan dosa2 seluruh anggota keluargamu."

Lalu kisah ini sepatutnya ditamatkan disini dengan meninggalkan secebis kata kata nasihat untuk kegunaan kita sehari-hari betol tak,kawan kawan.. tapi saya ada ending yg mabelus untuk korang seme, sambung baca sket...










Syaitan(*?*) kemudian menjelaskan lagi,
"......
Saya RISAU jika saya membuat kamu jatuh utk kali ketiga , jangan2 Allah akan memaafkan dosa2 seluruh penduduk desamu, jadi saya harus memastikan bahwa anda sampai dimasjid dgn selamat...."










 Dalam ayat tu,kualiti.....
 So ini lah kata kata nasihat, yang akan dibaca dengan laju .. (hehehe)
Jadi, jangan  biarkan Syaitan mendapatkan keuntungan dari setiap aksinya.
Jangan melepaskan sebuah niat baik yg hendak kamu lakukan kerana kamu
tidak pernah tahu ganjaran yg akan kamu dapat dari segala kesulitan yg kamu temui dalam
usahamu utk melaksanakan niat baik tersebut .


Slamat Berpuasa kepada keratanyang tak seberapa singgah sini.
TQ kepada pencipta email asal, dan peng Frwd

Seluo Sekolah Sezaman. (Edisi dulu2)

Apa kejad nya maksud GQ ni
haram aku tak tahu, ada potongan rambut,ada jugak seluo
masa zaman sekolah dulu memang sengal lambang Hippies, Anarchy
tu semedang diconteng merata..(tanpa mengetahui maksudnya, ciptaan Yahudi)
contengan kat seluar sekolah,
dalam toilet, buku sekolah, parking bas, kereta sorong tukang kebun,
selipar jepon dan lain lain
(termasuk la awek pnyer Beras (Opss Bad Word not allowed)

Tu zaman sekolah, ntah sbb gatal tangan aku pon ada gak menconteng...
Ni kita citer zaman sekolah kita akan sentuh pasal seluar sekolah,
ingat yer seluo sekola warna hijau. kalu pengawas warna biru

ada 3 Ciri seluar sekolah Zaman Aku, 
Gambo, alamak gambor kat umah ler.
mana aku nak carik, kira apa yang ada jer la.


1.Seluar Ketat (khas untuk Lelaki Paling rock)
Antara Seluor yg paling rock sezaman, aku pon terlibat sama.. wala pon aku tak berkenan
rupa bentuknya.. aku rasa ni pengaruh kumpulan rock Awie Wing dan Amy Search yg slalu pakai
sluo kulit ketat sampai senak, nak terkucil pon susah
ni ada gambor ihsan dari kawan aku:



kalau nak lagi ganas, buat tampalan 'bereja di lutut dll
kalau dari kaca mata cikgu disiplin plak, seluo sekolah akan dimasukkan botol kicap kakinya,
tak lepas kalu selo ko kena tetas, masuk kelas pakai pelikat.. sejuk aircond hahahahah







2.Seloar Boot Cut(khas untuk lelaki paling Ganaz)
Ni mamat2 gipsi banyak pakai kat omputih la, ntah macamana muncul semula pada 1990an..
bebudak sibuk nyelongkar sulo bapak dulu2 untuk di laram pakai semula. hampeh. nak beli mahal ,
nak tempah tak berduit. antara fungsinya ialah menyapu koridor sekolah, tak payah jahit bio jer
bersubai benang kaki seluo tu. udah macam mop. kalau hancur belakang kaki seluo sebab dipijak
kasut ke lantai, makna nya ko ganas

3. seluar GQ (khas untuk Lelaki perasan Hensem)
Seluar sekolah GQ ni takde jual kat kedai. Kalau nak, kena tempah aje.
gila ahh, aku dulu sanggup tak makan simpan duit nak tempah seluo ni, RM 30-35 jer
tapi mahalnya cam beli henset 3g sekarang.
Perghh kalau dah pakai seluar tempah tu, dah rasa paling hensem didunia la, tok sah citer,
makan tak kenyang, tido tak lena
i.biasa suar ni ada poket kecik kat dpn, siap berlidah lagi, sebijik cam poket belakang.
ii.ada buckle(sejenis besi cam talipinggang,) kat kiri kanan suar tu, Jahit mati.
kenkonon nak adjust ketat, padahal style aje tu,
iii. dan yang paling penting, untuk tahu seluar tu GQ ke idak ialah lipatan keluar satu inci
yg tak ubah seperti tempat takungan jentik jentik. lipatan ni boleh simpan barang, kertas,rokok, dll
Untuk keganasan tahap dewa GQ, ada yg tambah besi buckle kat lipatan kaki seluo itu.
poket belakang klimkan lidahnya sket ngan corak kain batik.

Perghh itu jer siri seluo sekolah yg aku coret kat sini, nak citer susah sbb takder gambo,
tapi bagi yg pernah melaluinya. perghhhhhhhh
rasa cam jadi superhero terhensem dan terhebat didunia. campor tolak plak
dengan kehangatan Baverly Hill 90201,semua perasan hensem cam Dylan,
la bagai.. (uwekkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk)Seluar GQ ni aku tempah gak
dulu untuk seluo melaram, kain petak2 (wajip tu)(yang sekarang kalau tgk bangla banyak pakai)
bila pakai jer seluo petak GQ tu rasa hensem tetiba menjelma, asik dok belek besi
kat pinggang kiri kanan hahah.oh ya t-shirt gambar hantu tengkorak bagai,
atau tulisan jenama libas, lee kopak, puma, push dll lain2 barangan ciplak
dari thailand nye jenama dengan baju Kemeja lengan panjang Petak2. aku ingat lagi aku beli
Lee Cooper, baju aku paling mahal ketika itu( haram aku bagi sesapa pinjam)
pastu aku jumpa baju bapak aku cenggitu gak, basuh2 simpan bawak balik asrama,
melaram sabtu ahad hahahahahahhaha


P/s Tak Boleh tidak, Kasut sekolah mesti rocks kalu seluar dah roks Alips, BaTa, dan jenis High Cut dan ada satu paten lagi Kasut Penguin, klim keliling cam karipap tak bertali(Juga dikenali sebagai kasut karipap)
spaa ada simpan a.k.a gambar sila la pas sini....

entry untuk budak skola tadika berhingus* Episod 2: Mari Mengenal Objek



"entry untuk budak skola tadika berhingus: "
"episod 2 " -Sila sebut mengunakan teknik sebutan Upin an Ipin
(Mari Mengenal Objek)


Aku sambung nih dari edisi En Wan yg segan silu menyiarkan beberapa gambar yang saya minta. 









Masa aku sekolah tadika dulu aku slalu tgk akak aku bawak balik buku ni,dan aku pon belek la bagai nak gila, 
sib baik aku jenis tadika =2 tahun so aku dah bleh ngeja la sket2 tapi pada aku yang penting ada gambo best gila.  
Buku tawarikh tukar jadi Buku bertarikh, Solat tarawih dan Buku Sejarah
Ilmu kesihatan dia tak sambung, sbb dia jadikan satu course kat fakulti perubatan UKM.  
pastu dia kuarkan buku Alam dan manusia. pastu ada UPSR...
---> ini pula buku edisi yang bila dibaca sentiasa dalam ketakutan. tapi masih ghairah untuk terus membacanya, seolah membaca novel takdamaria oleh en kuba. makin dibaca makin best. nak plak kalau baring ngan bantal. nak lagi best baca sensorang dalam bilik. dalam tandas?.. mungkin tak kot sbb jauh dari rumah... best buku ni, sila la klik untuk tau sama ada seorang lelaki sejati pernah membacanya sila la klik --->
apa ko ingat buku apa bhai?....
 

Ni menatang ubat ni, aku masa kecik kecik dulu layan gak, demam jer layan.demam jer layan. 
tapi aku tak pasti plak cover dia cenggini.  
ada gambar shiningami dengan zanpekto tu....


ni Menatang TV,ada sliding door, warna..ntah aku rasa edisi ni takder warna. 
flat screen- nop ini cembong screen, remote..nop. seme pakai tekan manual
pastu abah beli tv warne jenama singa apa ntah... dapat la tgk iklan en Wan berlakon buat pertama kalinya. kiranya dia ni dulu artis...
  tau tak iklan nih,.. "Jangan..."

Ni bukan botol todi edisi koboi pakai tu.. ini bedak la bhai....
Ni beg sekolah yg terhebat dan terRugged sekali, aku selalu mintak kat abah tapi beg sekolah bebudak tadika tu juga dibelinya. nak beli sendiri tak mampu... sampai abis sekolah aku tak mampu beli




Ni kasut paling aku minat, kalau rockers cam en Speed@teruja musti suka. kau tgk avatar dia la. en Genik pon musti kenal. aku plak memang minat gila sampai dah nak abih sekolah baru  mampu beli.. sempat la pakai tak sampai setahun, sampai ke hari raya pon aku layan siap tuka tali kasut warna florosen lagi. gila ah. kasut palstik tau..!putih.. susah-susah pon mak aku tak penah bagi kasut plastik tu. 
senang jer. kotor -lap dengan kain basah. gerenti bersih. hujan pon no problem



masa kat Asrama dulu ni sabun yg perlu di potong cam kek pisang. 
gila save.. lepas tu dia kluar edisi 2.0 warna kuning plak. 
Yang asal ni kaler hijau-kalau ko basuh baju sekolah warna putih tu.. lelama jadi kekuningan baju ko
baju juga jadi bau semacam+ plak Bedak cuticula tadi.. adeh sengal baunya
.. yg best nya bila bebudak nak pau siap suruh pulang balik bila pinjam
-tapi sebab dek kena rendam air, dia jadi keputihan dan dalam bentuk Cayiran



P/s sekian lah sudah edisi mengenal barang. saya serah balik pada Blok en wan untuk cover balik
take it back bro: Klik Untuk Baca Edisi En Wan

Fire Starter

Aisey lama benor tak ngepost.

Arakian Dipendekkan citer adalah sekumpulan manusia yg nak buat BBQ konon
Bebahan
Arang sekotak, Tiub moto satu, Lilin Sekotak.. (makanan dimarenet seBox Polisterin)
Cara Cara memasak
1. makanan Yg Siap dimarenet sila letak tepi, tunggu Bara siap.
2. Masukkan Arang penuh2 lam Tempat Pembakaran.
3. Siang Tiub moto halus-halus(carikkan)cam sotong masak merah yg kita selalu beli sekali utk lauk nasik lemak.
4. cucuh tiub moto (dicarik) dengan api pada lilin, campak2kan lam bekas yg penuh sesak denagn arang tadi
*****45 minit kemudian
5. Masukkan segala rumput kering, surat kabar, lilin dan segala benda yg dah nak rasa terbakar.. Hati pun dah panas cam nak terbakar kerana arang tu tak menjadi bara pon. Hati=Bara
6. Buat muka kesian dan tanya sekumpulan BBQ team kat sebelah. soalan. "Camana nak buat bagi Bara Ini Arang?".. dengan kesiannya sebagai rakyat malaysia diberikan oleh mereka-->2 Fires Starter
*****45minit kemudian
7. Lalu setelah berhempas pulas seperti masuk final World Cup, maka menyala lah(bara) 1-2 arang yg kelihatan sebertu arang batu dah rasanya
8. arakian setelah kumpulan BBQ sebelah dah siap makan bagai, dan nak blah, di berinya tempat BBQ dengan arang2 berBARAnya kepada pihak kami
9. maka terbakar la segala makanan yg dimarenet tadi,akibat geram satu bach tu kami biarkan di BBQ dengan api yg marak.
********15Minit + 15Minit
10. Setelah siap sekotak polisterin makanaan dimarenet tadi mengunakan bantuan bekas BBQ dan bara arang  pihak yang sudi membantu dan meminjamkan. pihak saya akhirnya berjaya menyalakan keseluruhan arang yg disusun didalam tempat BBQ, (hampir boleh dikatakan tak digunakan langsung untuk masak BBQ)
******* Penalti
Sehingga ke Akhir masa tambahan,sudden death bagai. dan setelah tukang2 BBQ yg dah tak selera nak makan sbb keletihan cuba membarakan Arang.

Nota kaki:
*Tahukah kamu arang yg dibeli kala ini amat sukar untuk dibakar dan di tranform menjadi bara (arang batu ke hapa)
*Bawa lah bersama minyak masak dan serai.. setlah bara siap, ianya boleh digunakan untuk menyemarakan (semangat) Api
*Kalau boleh elakkan Guna Tiub moto, mencemar alam dan bau tak enak,ndak2 kalau lekat kat BBQ nya makanan
*JGN lupa firestarter..... Aku terlupa nak amik gambar nanti aku carikan
*Kalau kat kg kita memang terer idupkan unggun Api bagai, Bekas Pengakap Diraja bagai, itu tak menjamin kita mampu menyalakan BBQ
*Jgn Berlagak hahahhaha kalau tak jadi macam Argentina kena ngan Jerman 4-0 hahahah (Ni kes lepas tension idupkan Api BBQ disajikan plak ngan Gol2 klose)
* Jgn lupa lighter atau mancis hahahahahhaha