LEVI'S 501

korang tahu tak apa maksud levi's:
lantak ler.. kalau nak baca pasal sejarah klik sinun www.kejadah.Libas
ok back to back, masa aku sekolah dulu (sekolah tadika).. ada la beberapa melaun kawan aku yg mampu pakai Levi'S 501. ada satu makhluk alternatif, grunge.. yg penting nya Pinggang kena bagus..30+-....kalau jenis yg dah nak pinggang  40 ke-atas, baik tak payah.Ada melaun yg sanggup tak makan, paw duit member semata2 nak pakai Libas ni.
Sepanjang sesi pertukaran pelajar aku dulu, semasa memola dicampak kat KL,
maka berleluasa la Libas 501 ni pnyer cerita.

Untuk perkara wajib lam blog lagendary ni... aku kongsikan beberapa kisah yg
korang at least satu musti pernah melintasinya. jika tidak blog ini selakunya patut ditutup terus.
Fakta atau Auta?...


1.  Terdapat Banyak Jenis Levis 501, malah warna berbeza, yg paling digemari ialah yg lusuh, beli baru memang lusuh. ada berzip dan berbutang, malah ada yg berbutang banyak tanpa zip

2.  Terdapat banyak Levis Siam, pirates yg bawak dari kelantan yg jual kat uptown yang jual Bundle dan sebagainya. yang mana satu pernah anda miliki

3.  Selaku org yg berkemampuan ala kadar, saya pernah menyelongkar pakaian lama pakcik saya dan memperolehi sekeping helai Levis 501 pakcik saya (yang samapai sekarang tak tahu ketulenannya) saya sagat didinding/tar jalan lututnya. malah saya subaikan kaki seluar tu bagi melusuhkannya semahunya.  saya cuma sempat memakainya beberapa kali kerana Pinggang saya berubah arah. saiz ketika itu seluar Jeans itu 27. saya pula 28 dan kian bertambah

4. Juga bagi yg tak mampu akan Levis 501, malaysia seketika satu masa dahulu telah menghasilkan seluar jin Mampu milik berjenama GA BLUE. saya memilikinya satu. anda bagaimana?

5. antara saingan Levis 501 satu ketika dulu ialah Mustang, Lois, Lee dan lain lain.. sebutkan tiga lagi saingan yg anda tahu.

6. Tahukah anda harga sebenar Levis 501 baru tulen pada sekitar tahun 1990an dan pada masa sekarang(2011)?

7.  Levi's 501 dikatakan mempunyai beberapa edisi terhad. didongengkan terdapat yg hanya dikeluarkan 100 sahaja didunia. maka suatu hari disebuah kedai kopi cina, seorang tokei kedai sedang cuba memnghamparkan lap kaki dari satu jeans levis 501, maka kenampakan oleh hantu pengemar levi's dan terus mamat tu mintak beli dari tokei kedai dengan harga RM100. dongengan ini di beritahu oleh seorang makhluk berlibas 501.

8.  Semasa program pertukaran pelajar (tadika)ke sebuah negara asing, saya telah terlihat kelibat Levis 501 yang dijual secara sales dibutik, padar kadar pertukaran ketika itu harganya dalam RM ialah RM155.18 dengan kemampuan yg saya miliki,saya tidak berketerujaan untuk memilikinya. (di khabarkan di malaysia regenya RM250++)

9.  Hanya Gadis berukuran cantik dan mulus saja mampu menyarung dan memakai Levis 501.

10. Dimaklumkan mana mana pelajar yg berkelulusan luar negara akan membawa sebijik libas 501 sekurang2nya.

Berikut adalah 10 perkara yg saya rasa mampu menyentuh serebrum kalian semua yg dipaksa menjengah blog cam siot nih. sekurang2nya ada sesuatu yg menyentap sarap otak kalian semua. anda mungkin mengharapkan lebih lagi, tapi bila apa yg dicetus minda saya tak sempat untuk di blogkan. sementelaah saya tiada jalur lebar berkelajuan tinggi (alasang best). ingin saya sentuh yang melengkapkan Levi's 501 ini. tapi bior saya simpan dulu, untuk posting berikut nya jika idea ini masih berkesempatan.

6 comments:

Gorgon from Venus said...

gila pjg haha. aku komen kat meja no 10 kl ctrl foodcourt nnt la.

awek ramai baiii haha.

aku kuba commented from faceberuk.blogspot.com

aku kumpul clan2 kita kat sana hehehe.

MatBURN said...

macam ni ler gaya menulis budak skema baju kemeja sisi tajam masuk dalam seluar dan cermin mata di lap dengan eye mo.

incek paranoid said...

aku ada 2-3 keping gk libas 591 bundle ori. cilakak bundle pn 190 gk. dlu member aku ternasib abik beli bundle kt golok dpt 501 limited edition bakar ngn zippo x hangus. power tu. golok sana 701 ori bundle main longgok je. pepandai la ko pilih

Chan+Ses said...

so en wan ada 591 la, en genik takakan takda satu pon libas. en kuba, saya tak pasti, berlibas ke beliau, ikut saiz pinggan* nya amat la sesuai

P/s Ke Pinggan En Genik menceceah 4puluhan

MatBURN said...

aku tak pakai selua jin ni semua
aku cuma pakai seluar imej koporat

huahuahua

incek paranoid said...

matburn mn pki suar jin neh. matburn pki kain sarung kaler putih. dia marah je kilas kain pusing jari bunyi wossshhh wooooshhh tumbuk bunyi dushum melambung langar gerai sireh. klu kena dinding bata le pecah dinding tu