Sidekick ...........(karate kid?)
Walopon takder kena mengena dengan Jaki Chan? Dan karate kid
Sepanjang kita idup ni di sekolah mahupon di tadika atau IPT, tak bleh tidak sekali
Kita mesti penah memegang watak sidekick. Ehh betol ke ejaan sidekick ke atau sidekid?,
(Tendang tepi?) ni musti kes translation . sidekick juga banyak diguna pakai semasa
nak start enjin moto Honda C60 lama. Cuma sekarang dah ada starter tak perlu tending tepi
atau tendang sisi.
Sidekick terjemahan dalam bahasa dunia aku=Menjadi pembantu atau pengikut seseorang*(selepas ini akan di refer sebagai *Pelakon Utama). ...Bila selalu digunakan? Kegunaannya?.
Bila nak jumpa bos atau orang2 besar/atasan. Bila kerja tak siap dan perlu mengadap tuan
besar. Tapi bila sebenarnya bleh guna nih?...
1. Bila takde awek nak ajak makan dan kita boring
2. Bila pertama kali dating dengan awek yg baru dikenali (aplikasi kat Sekolah/Baru kerja KL)
3. Bila pertama kali idup di KL(atau mana mana kawasan/negeri seangkatan)
4. Bila pertama kali nak blajar ngorat
5. Kalau masa blajar, masa pi kelas la
6. Dll.......................
7. Tambah sendiri la
Wiki;
".. A sidekick is a close companion who is generally regarded as subordinate to the one he accompanie ..."
"....Sidekicks frequently serve as an emotional connection, especially when the hero is depicted as detached and distant, traits which would normally generate difficulty in making the hero likable. The sidekick is often the confidant who knows the main character better than anyone else and gives a convincing reason to like the hero....."
http://en.wikipedia.org/wiki/Sidekick - dengan izin,ueceh
Sidekick - Pernah tak dalam idup kita, kita terpilih, terpaksa memegang watak sidekick ini. Contohnya bila kawan kita bawak kita jumpa awek dia yg first time dia jumpa especially kes masa memola MiRC wujud{laman bual maya pertama}.. kemudian YM, lani fesbukk la bagai). Nak dijadikan cerita yg berchating kawan hang dan awek tu. Bila nak jumpa dia bawak sekali anda... yg bestnya masa jumpa kat gerai atau mana mana tempat kejadian, awek tu pon bawak kawan gak. Dan bila kita nak tau kita adalah sidekick?... bila kawan peneman awek tu kurang cun dari awek tu.. hehehehe. itu la tendang tepi
Pelakon Utama- Pernah tak dalam idup kita plak bila nak berjumpa sesorang awek yg baru kenal, kita plak ajak kawan kita yang paling kita percayai untuk temankan kita, dan tak bleh tidak kawan kita tu kalau boleh tidak lah terlalu hensem dari kita, karang lain plak jadinya. Selalunya Pelakon Utama kurang keberanian, ada keraguan dalam hatinya.
Sidekick selalunya digunakan semasa zaman2 belajar dulu, bila dah yakin dan rasa hebat,sidekick bleh dicampak ketepi. Oleh kerana takder anugerah untuk sidekick, takde penghargaan mahupon trofi pelakon pembantu terbaik,tak boleh tidak, sekali dalam hidup kita perlu ucapkan terimakasih kepada mereka. Walopon anda semua dah terer sekarang dan tak memerlukan mereka lagi. Kewujudan keberanian dalam diri korang hadir ats jasa mereka.
Pengalaman:.. ..Ada juga kes yg sidekick peneman pakwe yang hensem dan tiba tiba menjadi pelakon utama {kes awek yg dtg lebih suka sidekick,kepetahan..kehenseman/ kes pelakon utama tak serius lalu memilih untuk membuang heroin/madu sepah la bagai}, ada juga kes sidekick heroin lagi Cun dan best, beruntung la sidekick Hero/pelakon utama. Cukup kot rapuan aku setakat ini...
Apa kata korang kongsikan pengalaman korang kalau ada. .. renung-renungkan dan selamat tersenyum sensorang depan Monitor.
Teringat Kisah Lampau - Masa Kena Buat Induksi
4 years ago
2 comments:
aku sebenarnya nak kata tak hafam aku taukt inzal marah. tapi sidekick tu apa sebenarnya/ awek tu ke kawan dia?
adeh adeh adeh deh deh......
awat kuba, sibuk baca blog org, blok aku yg simple pong kamu tak paham.
mentang aku bukan awek.. akkekekkeke
p/s aku pon tak paham, hahahhahaha
p/s sidekick tu... nak sample neee..
cam Batman & Robin(sidekick le tu)
Green Hornet, Bruce Lee da Drebar (sidekick)
Post a Comment