Test Modi konon





2015







2015
2015 A4
 
2011
 

2012 



April 2014















Ruang Kosong

Kegilaan 1:64

Salam seme geng Bas Sekolah
Ni 1:64 bukan 39:27:38
Ni Pasal MAti Keras atau Mati kejang Beb
1:64 Die Cast

Lama kita tak Jumpa, Adakah Kau Kesah
Biasalah nak kumpul Awek, rasaer cam dah tak layak, mungkin juga dah tak kemampuan..
so gua kumpul kenderaan yg tak payah downpayment atau hutang bank, Beli Cash
Takyah sesusah pikir, gua hulur gambar ni...

Ni Keluarga Mustang & rakan Rakan

Ni Pulak Keluarga Tranformernye kenderaan'

Ni Tranformernya kenderaan yg telah parking cecantik

Ni plak kumpulan tranformer tgh susun point Milo nak collect/redeem Model Lori Milo


ni plak barang sedia ada yg dah lepak lama tanpa kenkawan baru..huhuhuhuhu

 Amcam cukup..hehhehehhehehed

Adrenalin/Wishes/Enthusiasm/+K = Awek

Gila aaa, tajuk nye, ni draft jer tau......
Not meant to be publish...

Once Dulu2 dulu...

Kita begitu semangat untuk melalui hari hari yang mendatang,
sebab wujud nya ke-Mestrian(Chemistry dan Misteri) dan (Kemestian Seorang awek)

Atas dasar itu sekolah rendah ku di bungai dengan Cik Sabrina yg cam Miley Citrus 
mahupon Salena Gomezok dan lain lain...

Bila Zaman sekolah menengah, Awek yg bercirikan Sofea Jane memang menjadi Igauan...

Saya tak bleh nak detailkan lebih post ni..

apa yg saya nak bagitau, Thrill itu dtg semula, Biar pon tak sehebat En Kuba Meminati Cik Lisa Surihatiku..
tapi Cukup lah untuk memercikkan Api Api yg dulunya sudah padam hahahaha

Mulanya ia sekadar mimpi, jadi impian dan Jadi Igauan hahahah..







   --------->

Not That I'm racism, but changing Kajol into anak Mami is better for me,
either way, i'm still can be a better co worker... or we might say click,college

P/S Watever hahahaha

Idea Karut (Cordless Talipon Public)

Hahahahhahahh
Sebelum korang yg asik guna henset sampai tak penah tgk camana lupa Talipon Publik yg Gagang Kalau baling kena pala Sure cedera parah, Korang tahu tak thrill dia masukkan siling pastu sembang sambil berdoa ,awek kat sana memberhentikan bual bicara... heheh Siling ada segenggam jer bro, kalau ada lebih siling, boleh gak call awek lain hahahahahahha..


Enough la aku stori pasal Lagenda Telefon awam ni, Ni aku nak citer pasal inisiatif Idea yg Paling Mengarut dan mungkin aku rasa boleh jadi KeBABOM. sebelum harga mengarut, meh angkat dengan aku.. hahahhaah.

THIS IS BEST BROOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
KENAPA kita kena pakai benda ni, Ialah abis semua nak berlagak pakai Bluetooth (Jabra la) Yg Jenis Spek Itam pon ada.. tu belum lagi Handfree, Earphone apa bagai. Boleh korang bayangkan tak kehebatan teknologi ni.

Katakan lah situasi ni, Kat StarBuck ke,Kat KLCC ker, Lam ERL,Komuter bagai, 
Situasi:Komuter
Tetiba Kuba Kuarkan Blekbery dia pastu terus Cakap dgn sopan guna Earphone standerd. Pastu En Burn Kuarkan Iphone pastu sembang lam bahasa omputih.Pastu Si Bewak dengan belagaknyakuarkan Galaxy tab dia dan Lekapkan Kat Telinga sembang kuat kuat. Amcam.. Hebatkan TEknologi, Tu Belum tetiba Apek tetiba sembang ssensorang cam org giler sbb sebnornya dia pakai Bluetooth Handfree bagai.
Kini, Tiba lah masanya anda untuk menamat kan kehabatan semua benda teknologi yg ada kat situ, Memola Biarkan Nada Dering Telefon Bimbit anda(Kalau Boleh Ringtones biar standard Telefon Rumah lama)Bior Lama sket bubuh Volume Full. Buat Buat Selok poket cari. Then........
Bukak Beg Sandang atau Plastik Beg(kalau Boleh Plastik bag beli barang runcit , lagi Hina Lagi Klasss)
Kuarkan Telefon Bimbit anda yg siri kurun pertama tu, Biarkan Gagang Telefon tu dlm beg, then..Tarik pelan pelan(kuarkan Gagang Telefon ni), Bila Dah Pasti seme org tgk anda, Jawap la telefon dengan tenang, Pastikan Gagang dalam keadan betul , Jgn Terbalik plak.....

Bagi Situasi kat Cafe yg org tgh Ramai Lepak, Bebuat Jawab Galaxy Tab(Atau Apa Jua jenis Laptop yg ada line telefon)tu direct ke Telinga, pastu cakap kat org sana, "Sat No, Aku nak pasang Hansfree...."  hehehe.. pasti Ipad ke atau apa jua jenis Laptop yg hebat2 dan maha Touch Screen akan jaki, kerana tidak memiliki aksesori sehebat anda.

P/s So Macam  mana, Masih kah anda dapat bayangkan Betapa lawaknya Idea membawa Telefon Awam sebagai Teknologi terkini kesana kemari. Dan ternyata idea yg hebat bermula denagan yang palin mengarut


KLIK Menatang Telefon Ni


Sesiapa yg Kenal Jack Sparrow, Dan Tahu Alat IT anda, Telefon Bimbit, Laptop,Android anda ada 3.5mm jack. boleh layan menatang ni. Dijual diluar dengan harga HK$300 dolar.. amcam ada berani ..hehehehe




Apa kata Wa bukak untuk memember RM150, Cash Only , bayaran melalui akaun akan menyebab kan anda tak dapat membayarnya sebab tak tahu mana nak bayar.
Diskaun 15% Bagi 5 Pembeli terawal..heheheh























KL,... I'm Already A Lagend-Chan hehehehehhee








p/s punya la tak sabar aku nak kongsi idea hebat ni, aku siap cal En Wan samapai dia tak mau dengar aku sembangkat telefon, siap call owner yg call en Mus.... aku dah tak tahan dah, aku nak post ini draft.. this is best broooooooooooo






He's Just Not That Into You

by clicking, u might hoping that there something juicy to read here...
Dream on...............

Hehe being a kindergarden tranfer student. i always end up away in a trip that leave me boring at night while stare-ring rite into Astro chanel, the hell with it new charge fee... i just need to finish this post hahahha.

Remember when is only TV1, TV2 and TV3...,
sometime i come across some nice Lovely Love Story movie*, and it hard enough to get the title because we just stumble to the movie while changer between those three channel because of the 'Iklan'. And we just trying so hard to find the Suratkhabar semalam, dan terus ke INTISARI rancangan mendapatkan tajuk Cerita TV semalam, just to ask someone u like, "Tengok tak Cerita semalam?". Di satu zaman dikalan Rancangan Pi Mai Pi Mai Tang Tu begitu di tunggu i, dan dikala Cerita siri "Mad About You.. bla bla bla..watevaaaaaaaa
Examples* : You've Got Mail (1998)

Kejadah plak aku nak tulih tadi,oh ya lupa plak,Citer ni aku tertgk halfway,so since Astro ni kerjanay mengulang jer,so aku capture untuk tgk , tgh, pas tu awal, pastu aku combinekan lebih kurang utk tgk citer ni...He's Just Not That Into You.

Seperti biasa citer ni takder.... moral yg bleh kita amik,sebab ianya versi Cinta. Tgk jer la lebih kurang.

Seperti biasa, Citer cinta mesti ada awek.. ni hah senarai awek lam filem ni, mengikut susunan pilihan kegemaran gua,
Ginnifer Goodwin
Drew Barrymore
Scarlett Johansson
Jennifer Aniston
Jennifer Connelly


Pernah tak sekali, Anda Mundar Mandir kedepan kebelakang,
begitu obses melihat Telefon selama beberapa hari,
Hanya nak Pastikan ianya Berdering, Atau SMS. dan sesaja Cek kot2 line hilang
(Once... semasa Telefon Rumah dan Telefon Publik lebih berkuasa dari Henset)

Quote:..
"Maybe HE Lost My Number..?"
"or He Out of town"
"Or Got Hit By A Cabs..?"

"Or Maybe He Not Interesting in seeing You Again"

..." And now you just have to go around checking all these different portals
just to get rejected by seven different technologies.
It's exhausting...."

 

.."You may be the best friend I've ever had...."....

.."...You are *my* exception..."

Layan Ini Lori Trelar

Noted, Citer ni tahun 2009, ada sentuhan IT, pasal BB, pasal email,Myspace dan lenlain, cukup untuk menyentuh jalan cerita,ingat tak pasal citer cam You Got Mail, masa tu email berkempang pesat.. PErghkalau gua bikin ini flem, gua amik sentuhan Mirc, Email Hotmail, dan Netscape Navigator.. perghhhh

OK sebelum aku terus melalut,apa kata korang carik dan layan citer ni dikala dah takder aktiviti nak buat, apa yg pasti aku cam boleh buat assumption cerita Movie "SEPI" ada cedokan dari idea cerita pasal cinta yg melibatkan ramai couple ni.

Jika Aku jadi Pengarah untuk Cerita nih..He's Just Not That Into You. Versi melayu.. Aku akan Amik, Lisa Surihatiku, Ana Raffali,Juliana Evans, lagi 2 Orang awek tu Hantam la Neeolofa ke apa ker hahahha

Untuk Hero aku amik En Bewok dan En Burn hahhahahaha.
Aku kawtim diorang guna quote ni....."You may be the best friend I've ever had...."....
kan korang musti setuju pnyer eik.. tidak lupa Trey hahahhaha

Semasa zaman siri cier friend Jenifer Aniston, mungkin heroin pilihan gua, dan keseksian Scarlet Johanson bersama suara seksinya memenuhi awek angan gua. namun begitu ntah macamana ciri ciri senyuman Ginnfer Goodwin memenuhi zaaman lagenda gua. begitu juga Drew hehehehe.

(Sebelum aku layang citer di HBO ni, aku ada gak terlayang satu citer best..tajuk lebih kurang She Out Of Your League, pasal marking markah 10 ...)

P/s Moral.. mmm ha kejadah apa aku posting pepanjang tetengahmalam buta ni, jawapannya=Aku dah ada Streamyx(Dikala Org sudah pon mengunakan UNIFI, gila naif haha)

sometime Along This Way Of Lagend,once,i have list of Lovely Love Story..bu i lost it along the way, maybe in return to sender Love Letter or bean burn along the way hahhaha

Mencari Abg SY

Salam,
lama sudah hamba bertapa,
Fenomena terkini Abg SY melanda hampir 2 minggu nampaknya,
Sehingga menjadi begitu positif menenggelamkan
siri lari berganti ganti ke Siam(Thailand), bergu ke Lombok dan sebagainya

Bukan nak menambah garam dan gula pada fenomena,
Cuma belum masanya Abg SY duduk bersama saya untuk bercerita bersama.

bukan gimik, cuma mahu menyampaikan satu pelengkap sebuah koleksi lagenda,sepertimana yang telah diwartakan
Sepanjang pembelajaran saya dari tadika, dari zaman filem Ali Setan dan Unibersiti yang dilakuni mereka. Dan pelakon twilight,En Jusuh yg melakoni remade of Lagenda Jusuh Setan oleh Razak Khalid.....hahahahahah

Yang ingin saya maksudkan disini ialah akan lagenda dahulu ketika,bahawasanya Awek Uitm sebagai awek terhebat di Malaya layaknya. Dan tak boleh tidak, Abg SY telah berjaya melengkapkan Koleksinya dengan tahap tertinggi spesifikasi yg menjadi Lagenda ini.

dan ingin saya kongsikan disini, jika tidak kerana itu mungkin Abg SY yg duduk bersembang bersmaa saya dikerusi sebelah. Dan saya bersyukur kerana ada satu persamaan saya dan Abg SY.

Selamat dtg ke:

UiTM

Majalah Gila-Gila,Ujang, Apo, Humor,Gelihati dan yang seangkatan dengannya.

Asslamualaikum,
kalau lama Aku tak memblok tu maknyanya aku kurang idea bernas,
sesekali disampuk email spam, aku akan belek satu dua yang kualiti untuk aku kongsi
bersama maknusia beberapa kerat kat sini.

Pertamanya aku nak Explain sekali lagi kenapa org yg lepak Blog ni kena
jengah untuk mengembalikan rakaman waktu zaman dahulu yg dikenali sebagai Nostalgia.
dari Nostalgia lah lahirnya Blog Legendary ini,

Tajuk dah tangkap, Isinya mana, sebelum aku meneruskan lagi perkongsian Ilmu ini, Aku nak ucapkan selamat membaca kepada kartunis Tembakau, kalau dia terjengah Blog aku ini, Review yg aku janjikan tentang siapakah dia masih tertunggak, ala biasa la bro, kerja lu pon slalu tertunggak.hahahahha.

Dalam bebanyak Buku yg aku lorekkan diatas tajuk itu, sebagai seorang manusia selain Buku Tamar Jalis, Majalah seperti Gila-Gila,Ujang, Apo, Humor,Gelihati adalah satu satu kewajipan seketika dulu.

Sebelum pergi jauh Korang kena tahu Apa ker Buku Gila Gila..
Majalah yg Satu ketika dulu, Pakcik gua akan beli tiap tiap bulan, Dan aku akan bergegas ke rumahnya untuk cek kot2 dia ada beli, dan terus tunggu turn nak baca. Gila best.. Ada stau lawak yg gua akan kenang sampai bila bila pasal lakaran kartun org putih yg bertanya kenapa (mabuk rasanya) "...What What..?" dan disampuk oleh kartun melayu dengan "...Mentol Lampu Berapa Watt..?"
Gua Lupa Karya sapa, tapi Setiap helaian Majalah Gila Gila itu amatlah berharga walaupon banyak yg tak berwarna (kecuali Kulit depan).. salaah Satu Cita Cita Yg Aku Pendam dan tak berjaya capai , Jadi Kartunis hahahahahahhaha
banyak lagi yg igin wa rapukan, tapi kita belum pon sampai isinya

 

Keluarnya Ujang Dari Gila2, bermula lah era..Majalah Ujang .Di Cas Buku Tak berguna ini oleh nenek gua Sebab cucunya(=Sepupu gua melanggani setiap Bulan majalah Ujang) dan lepas 15hari baca terus bersepah tidak disusun.. Punya la hebat penangan nya dulu Sebulan 2kali tak pernah miss.

Majalah Majalah ini tidak perah menghampakan gua kalau bab Kualiti Kartunnya. lawak nya diluar batasan pemikiran, Ntah Dimana Silapnya Ujang dipecah sekali lagi dan Muncul pula Majalah  Apo...dan seterusnya bla bla..

Nampaknya kita dah nak sampai ke Rumusan atau Isi terpenting Tajuk Posting ini. Apa kata saya tinggakan dengan 2 salinan karya Kartunis Lambok ini untuk Dibaca dan diimiginasikan keseluruhan Ceritanya, Kenapa saya bagi 2 helaisahaja. sbb anda perlu bijak untuk mengambarkan keselurahan idea Kartunis lambok dengan melakarkan  di serebrum tuan atau cara lain: dapatkan karya ori kartunis Lambok ini bagi.. mengembalikan semua kehebatan citarasa Idea dari kartunis lagenda yang lain(satu ketika dulu).
 

Bila Korang Dapat tangkap Nukilan Kartunis Lambok ni, Korang akan dapat menilai kualiti yang ada dalam diri seorang kartunis, maaf 'majalah majalah humor' sekarang sudah tidak dapat menyentap serebrum gua sepertimana seketika dulu, dan bila sahaja saya terjumpa majalah humor yang lama ini yg sudah kuning kertasnya malah reput, saya akan menyingkap sehelai dua untuk dikembalikan ke dalam serebrum dan memorikannya disana. TQ..."Worksyop" dari majalah Ujang, "Love Story" (Tembakau), Kartun tak der dialog Majalah Gila Gila & Majalah Ujang, dan kesemuanya. terimaksih kerana jadi sebahagaian dari zaman Lagenda Gua.
P/s Sesiapa yang tak berjaya tafsir nukilan Kartunis Lambok ini dan memerlukan keseluruhan cerita, sila bagi Email saya akan frwdkan email berkenaan...

5 Second Interval

Untuk kali ini aku akan menyingkap gath semalam,
sori atas sebab yg tak dpat nak dielakkan aku tak boleh nak upload gambar,

sebelum kemengarutan aku cuma nak pasti korang tahu akan tajuk diatas,
dalam siri pain menyerang konoha, hikmat Terhebatnya masih mempunya kekuranga iaitu
Ruang Masa antara serangan. Kalau korang tak paham benda ni, jgn dok nyampuk
 pasal naruto kalau org lain tgh sembang

Untuk sekian kalinya diantara Shinobi yg hadir semalam, akan terasa kekalutan mengawal
5 Second Interval...

baru lah tahu, En Kuba dan En Ikan dari Kg Api mampu menangani masalah ini..

dan mereka yg aku bertemu semalam tidak mampu.... hehhehehe

Model Robotik (Macross edition)

Setelah letih  berjalan2 dengan en Wan, 
Dia pon dah blah untuk menjalankan tugas menjadi teksi yg dibayar lumayan heheheheh.
JgnLupa en wan, Teksi bukan bergerak mengunakan air....

Bagi Tujuan pembekalan kepakaran teknologi saya telah pon meyerahkan tempahan Team Celestial Being kepada En Wan. Selesai lah tugas yg melibat kan tebusan tebusan yang berkenaan.

Dahulu kala saya suka mengumpul permaianan didalam DingDang dan TORA, tahukah anda kenkadang coklat bulat didalamnya sudah masuk angin, dan selalunya tidak dimakan, buka kotak dan terus humban dengan plastik2 nya.


kenal ni:








dan Ini:








As far as i know, wa sanggup kayuh basikal tua atuk , jauh semata mata nak ke pekan rabu/pekan ahad (lambak) sebab nak beli menatang ni... untuk mainan didalamnya.... coklat tu.. ceh kitoranh  humban jer bila bukak kotak, letak kat lidah @ gigit ngan gigi semata mata nak ceks masuk angin ke tak... hahahaha. lupa nak bagitahu, dulu dulu kedai runcit tak jual benda ni, ni benda mewah seumpama mainan yg kita jumpa lam KLCC lagak nya huhuhuhuh
Yang pasti semedang tak dapat apa yg diingini, iklan dalam TV sket pnyer indah (Aku lupa model iklan nya, kalau tak silap aku Mat seentol ker.. Apollo yg mat sentul biaq pi la,...)
Okes berikut aku paparkan sampel yg aku simpan dlm bekas tin dan ditanam didalam tanah.. ceh cam aram aku tipu korang, lihat la model2 idaman aku seketika dulu. Robot Macross huhuhuhuhuhuhuh



Nikmatilah, tu partial yg atas frame kena patah sesatu, manual cam siot.. ada 1-2-3 step jer...
Seketika dulu ada satu Keropok (Makanan Ringan) nama dia KUM Kum (Rasa dan bentuk cam Twisties.)
Aku rasa keropuk ni dah pupus terus la, kalau ada sekarang mau jual kat Mudah Rega RM10000. cis aku rasa ianya keluaran Kinos gak.sebab serebrum aku masih memainkan sebahagian gambaran kurang jelas pasal Keropok Kum Kum (Sebutan Kam Kam atau dalam bahasa Ingeris "come-come") ada lambang kepala popaye bercerut gak rasanya..
 rega dulu2 RM0.20Sen sahaja.....dan ada mainan didalamnya bro, gila kau. Aku selalu simpan duit belanja sekolah tadika sebab nak beli benda tak guna ni(ni ayat mak aku -direct translation Junk Food)

Walapon thread ni pasal Model Robot Macross aku tu yang sebesar kotak mancis cap org terobang.. aku menyesal tak simpan sebungkus Kum Kum  dlm tin yg diletak dalam tanah dulu. sekarang ni aku nak tunjuk apa itu kum kum pon takder gambar nya kat internet. Aku kalau balik kg tgk gak kot kot ada iklan yg cat printed kat dinding bangunan lama tahun 1990han kot2 ada.... iklan Tin Susu budak ada la.. tu pon cat dah merekah huhuhuhu.

P/s kalau Korang tak tahu pasal Robot Macross atau Keropok Kum Kum, agak2 kenapa korang masih membaca blog ni..  hhhuhuhuhuhuh

Donload pasal Macross dari En Genik Linkage from teruja:
Macross Frontier The Movie The False Songstress 2010
Macross Frontier The Movie The False Songstress 2010
Macross Zero OVA 1-5
SDF Macross (Completed) a.k.a Robotech Season 1
Macross Do You Remember Love (1984)
Macross Frontier - all episodes

tQ en Genik